My Add

Wednesday 24 October 2012

Kes penipuan pembelian 400 rumah disiasat

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Kerajaan akan menjalankan siasatan berhubung kes penipuan membabitkan pembelian 400 buah rumah di Selangor sebelum mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terlibat dalam insiden itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung (gambar) berkata, pihak kementerian telah mengarahkan pegawai di Jabatan Perumahan Negara menjalankan siasatan berkenaan sebaik sahaja menerima berita tersebut.

"Kementerian akan meneliti terlebih dahulu dalam keadaan apa sekali pun, kalau benar didapati projek perumahan yang dibeli tidak wujud atau terbengkalai, maka kita boleh ambil tindakan dalam situasi itu.

"Namun saya rasa hairan sebab sepanjang pengetahuan saya sebagai seorang peguam yang mempunyai pengalaman dalam urusan pinjaman dan pindah milik pembelian rumah, lazimnya pihak bank tidak akan mengeluarkan sebarang pinjaman kepada pemaju jika rumah yang dibeli tidak digadai kepada bank terlebih dahulu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment