My Add

Tuesday 23 October 2012

KPDNKK larang pembekalan Seven Colour Crystal Ball

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melarang pembekalan bahan berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman atau sebagai hiasan dalam pasu yang dinamakan i>Seven Colour Crystal Ball dan barangan lain dengan ciri serupa berkuatkuasa 26 Ogos tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, larangan menerusi Perintah Perlindungan Pengguna (Larangan Terhadap Barang Yang Tidak Selamat) 2011 itu dikuatkuasa setelah mendapati barang tersebut tidak selamat dan telah menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment