My Add

Monday 22 October 2012

Krisis air di Selangor soal hidup dan mati rakyat - TPM

HULU LANGAT, ISNIN. 22 Oktober, 2012: Krisis bekalan air yang dijangka melanda Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya mulai 2014 adalah soal hidup dan mati rakyat, bukannya modal politik yang patut dijadikan subjek konflik kerana air terawat merupakan keperluan asas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata, keperluan sekarang ialah menyiapkan segera Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan bukannya mencadangkan penggunaan teknologi mambran.

Kata beliau, cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar diperkenalkan teknologi mambran bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah krisis air tetapi juga tidak praktikal kerana kosnya jauh lebih mahal berbanding Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

"Ini soal hidup dan mati, soal keperluan asas manusia di Selangor yang tidak boleh dipolitikkan. Semua kebimbangan kita ini berdasarkan fakta hasil kajian pakar. Saya tidak faham apa perlunya teknologi mambran ini... ia bukan penyelesaian," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment