My Add

Monday 22 October 2012

Kutipan tabung Rohingya meningkat kepada RM263,748.92

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Oktober, 2012: Kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Kumpulan Utusan meningkat kepada RM263,748.92.

Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said (gambar) berlepas ke Yangon semalam bagi meneruskan usaha bantuan kemanusiaan ke Arakan, Myanmar.

"Beliau juga ditugaskan untuk menyelaras pelaksanaan program korban sempena Aidiladha anjuran MRA, khusus untuk pelarian etnik Islam Rohingya di sana," katanya.

Sementara itu, pelarian di Myanmar juga berkesempatan menyambut Aidiladha apabila MRA turut menyumbang RM100,000 di bawah program Qurban Terbaik yang dilancarkan awal Oktober lalu.

Menurut Mohd. Daud, sejumlah besar bahagian korban tersebut akan diserahkan kepada pelarian Rohingya di Arakan manakala selebihnya diagihkan kepada golongan fakir miskin dan pelarian Islam di selatan Thailand, Sri Lanka, Somalia, Pakistan dan Palestin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment