My Add

Thursday 25 October 2012

Laporan audit dedah kelemahan

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan HAKIMI ISMAIL
SHAH ALAM, RABU, 24 Oktober, 2012: Barisan Nasional (BN) menyifatkan, pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempunyai banyak kelemahan seperti mana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Oleh itu Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Abdul Khalid merupakan menteri besar cemerlang hasil kejayaan mentadbir negeri ini sejak 2008.

‘‘Kenyataan Penasihat Ekonomi negeri itu sebenarnya tersasar kerana Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Abdul Khalid,’’ katanya dalam sidang akhbar di Tingkat 9 Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun kelemahan Abdul Khalid itu dinyatakan secara terperinci namun Menteri Besar Selangor itu dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment