My Add

Tuesday 23 October 2012

Lima syarikat pemaju, 6 bank disiasat

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Polis sedang menyiasat lima syarikat pemaju dan enam bank tempatan berhubung kes penipuan pembelian 400 buah rumah termasuk banglo dan teres di negeri ini sejak 2000 hingga 2006.

Siasatan dibuat berikutan 138 laporan polis yang diterima daripada mangsa-mangsa penipuan itu di Subang Jaya, Gombak, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang Utara, Klang Selatan dan Serdang dekat sini hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam.

Jumlah kerugian yang ditanggung oleh kesemua mangsa yang kehilangan deposit selepas bersetuju membeli rumah-rumah berkenaan yang berharga antara RM150,000 hingga RM280,000 dan ke atas masih belum diketahui.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati sebanyak 400 mangsa terlibat dalam penipuan pembelian rumah tersebut dan 138 daripadanya telah membuat laporan polis semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment