Madrasah Salihiah: Istana Kedah panggil menghadap
ALOR SETAR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Pihak yang terlibat dengan isu merobohkan Madrasah Salihiah dipanggil menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di kediaman rasmi baginda di sini hari ini.
Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Mansor Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa madrasah itu bersama peguam mereka, Ameir Hassan kelihatan tiba di kediaman baginda kira-kira pukul 10 pagi dan keluar hampir sejam kemudian.
Amier ketika ditanya tentang pertemuan itu berkata, mereka dipanggil menghadap Tunku Temenggong Kedah yang menerima titah daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung isu Madrasah Salihiah agar perkara itu diselesaikan segera.
Katanya, hadir sama dalam pertemuan itu ialah wakil anak syarikat kerajaan negeri dari Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Bina Darulaman Berhad (BDB). - UTUSAN
No comments:
Post a Comment