My Add

Tuesday 9 October 2012

Malaysia sedia jadi pusat latihan ICRC

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Malaysia bersedia menjadi pusat latihan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam mengendalikan bantuan kemanusiaan ke seluruh dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, sebagai sebuah negara yang sentiasa mengekalkan keamanan, Malaysia juga adalah lokasi terbaik ICRC melatih sukarelawannya tentang silang budaya dalam komunikasi terutama pengajaran Bahasa Inggeris.

''Pemilihan Malaysia untuk Seminar Undang-Undang Antarabangsa Mentadbir Operasi Ketenteraan (SWIRMO) kali ini adalah tepat kerana kita mempunyai kapasiti untuk memberi kemudahan latihan kepada ICRC.

''Sebagai sebuah negara yang memperjuangkan keamanan, Malaysia sentiasa menyokong penuh pembangunan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL),'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment