My Add

Wednesday, 24 October 2012

Masjid jadi destinasi pelancongan

 *DELEGASI antarabangsa yang terdiri daripada pegawai kerajaanmengadakan
sesi awatan ke Kolam Air Panas Sungkai, Perak, kelmarin.
KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Masjid di negara ini perlu terus dijana sebagai destinasi tumpuan bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pelancongan Islam bertaraf antarabangsa.

Pegawai Eksekutif Pusat Pelancongan Islam (ITC), Fitra Mohd. Ali berkata, masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara ini berpotensi besar untuk menarik pelancong terutama orang bukan Islam menziarahinya.

"Dimensi pelancongan Islam semakin luas, malah kajian mendapati golongan bukan Islam begitu tertarik dengan produk pelancongan berasaskan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa membawa 16 delegasi antarabangsa yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan menyertai bengkel 'Membangun dan Mempromosikan Destinasi Pelancongan Islam' melawat Felda Residence Hot Springs Sungai Klah dan kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Perak, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment