My Add

Tuesday 9 October 2012

Mat Sabu akui pernah temui Abdullah C.D

PULAU PINANG, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengakui pernah menemui Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah C.D yang disifatkan sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Thailand, kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Mohamad, lawatan beliau ke kampung itu adalah atas kapasiti peribadinya dan bukan satu lawatan rasmi mewakili Malaysia dan telah menghadiahkan senaskhah al-Quran kepada Abdullah serta menerima hadiah beberapa buah buku daripada pemimpin utama PKM itu.

Mohamad bagaimanapun menjawab tidak pasti ketika ditanya sama ada beliau mengetahui yang Abdullah ialah pemimpin utama PKM serta Kampung Perdamaian Sukhirin adalah perkampungan khas anggota PKM yang dikhaskan kepada mereka selepas perjanjian damai pada 2 Disember 1989. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment