My Add

Tuesday 16 October 2012

MEF minta ahli sokong program SafeCam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) meminta ahli-ahlinya menyokong penuh Program Safe Camera (SafeCam) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan awam dan mengurangkan kadar jenayah.

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan berkata, langkah PDRM menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan terutama pemilik premis perniagaan dan syarikat korporat menerusi program itu mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Tambahnya, polis akan mempunyai akses pemantauan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang apabila pihak terlibat bersetuju dengan kerjasama tersebut.

"Ini merupakan kaedah terbaik kerana polis kini dapat memantau premis-premis perniagaan untuk bertindak pantas apabila berlaku kejadian seperti rompakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment