My Add

Monday 22 October 2012

Menteri Keselamatan Awam China kunjungi Najib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Menteri Keselamatan Awam China, Meng Jianzhu yang sedang dalam rangka lawatan ke negara ini, hari ini mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut hadir pada pertemuan itu.
Meng dan delegasinya tiba di negara ini semalam untuk lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.

Mereka berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama yang pertama antara Malaysia dan China mengenai usaha memerangi jenayah merentas sempadan, dijadualkan hari ini.

Terdahulu, delegasi itu mengadakan perbincangan dengan Hishammuddin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment