My Add

Tuesday 23 October 2012

Minyak UAE dieksport daripada Fujairah akhir tahun: Menteri OPEC

DUBAI, SELASA, 23 Oktober, 2012: Saluran paip utama Fujairah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang merentasi selat Hormuz akan beroperasi menjelang akhir tahun ini, di mana ia akan membekalkan sebahagian besar jumlah eksport minyak Abu Dhabi.

Kenyataan itu dikeluarkan menteri minyak bagi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) di sini, hari ini. 

Pembukaan saluran paip di UAE yang lama tertangguh itu bagi menghadapi ancaman Iran untuk menyekat laluan pengangkutan kapal minyak terbesar di dunia iaitu Selat Hormuz.

Saluran paip minyak di UAE mampu mengeluarkan sehingga 1.8 juta tong sehari dan dijangka melakukan eksport kargo pertamanya pada Julai tahun depan. - Reuters

No comments:

Post a Comment