My Add

Monday 8 October 2012

Misi Bantuan ke Myanmar KP1M dianggap bertuah

YANGON, AHAD, 07 Oktober, 2012: Misi Bantuan Kemanusiaan Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang selamat tiba di sini malam tadi, dianggap bertuah kerana menjadi pasukan pertama dalam jumlah yang besar diberi kebenaran untuk masuk ke negara ini.

Malah, kerjasama baik antara kerajaan pemerintah kedua-dua negara dilihat menjadi faktor sebanyak 51 peserta misi ini yang terdiri daripada sukarelawan, pakar perubatan dan petugas media dibenarkan menjalankan misi tersebut.

Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Dr. Faisal Muhamad (gambar) berkata, peluang yang diberikan kerajaan Myanmar itu seharusnya digunakan sebaik-baiknya oleh peserta misi untuk membantu masyarakat Muslim dan Buddha yang terhimpit dalam konflik sejak Mei lalu.

"Ini merupakan kali pertama kerajaan Myanmar membenarkan misi bantuan dari luar dalam jumlah yang besar untuk masuk dan membantu rakyat mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment