My Add

Monday 8 October 2012

Misi ke hujung angkasa melalui peranti mudah alih - Maxis

Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Maxis Berhad (Maxis membawa pelanggan telekomunikasinya melihat acara langsung terjunan bebas dari 120,000 kaki di New Mexico di udara pada 8 malam ini (tertakluk kepada keadaan cuaca yang sesuai).

Menurut satu kenyataan memberitahu, Maxis menjadi penyiar mudah alih tempatan rasmi bagi Red Bull Stratos, yang direka oleh Red Bull Blue & Silver (Produk Eropah), dan Felix Baumgartner, satu misi ke hujung angkasa.

"Baumgartner akan menaiki 120,000 kaki ke angkasa di dalam belon stratosfera merentas New Mexico, dan membuat lompatan bebas ke Bumi untuk memecah halangan bunyi pada kelajuan supersonik sebelum berpayung terjun ke darat.

"Maxis akan membawa acara ini secara langsung dengan melayari RedBull Stratos atau melawat Mylaunchpad kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, tujuan projek berkenaan bagi mengumpul data berharga untuk sains menyumbang kepada peningkatan keselamatan perjalanan angkasa dan membolehkan perlepasan altitud tinggi daripada kapal angkasa.

“Lompatan ini juga akan cuba untuk memecahkan pelbagai rekod seperti kelajuan tertinggi dalam jatuhan bebas, lompatan tertinggi dan penerbangan belon tertinggi yang dikendalikan oleh manusia," ujar kenyataan itu. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment