My Add

Wednesday 24 October 2012

MLEC lahirkan pemimpin berintegriti - SPRM

 *ABU Kassim Mohamed menandatangani plak semasa merasmikan bangunan baru Pusat Kecemerlangan Kepimpinan SPRM (MLEC) di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Pusat Kecemerlangan Kepimpinan (MLEC) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melahirkan lebih ramai golongan pemimpin dengan nilai integriti dan intelektual tinggi bagi pembangunan modal insan di negara ini pada masa hadapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, MLEC merupakan pusat pembelajaran kepimpinan bertunjangkan integriti, diyakini dapat membentuk kepemimpinan SPRM serta agensi penguatkuasaan lain dalam menentukan kejayaan organisasi masing-masing.

Menurut beliau, pusat kecemerlangan itu sebagai inisiatif ketika berhadapan dengan satu perubahan besar bukan sahaja dalam struktur organisasi tetapi juga budaya dan cara kerja, kepimpinan memainkan peranan yang penting. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment