My Add

Monday 22 October 2012

Muhyiddin tinjau empangan Sungai Selangor

HULU SELANGOR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru, di sini bagi mendapatkan status terkini sumber air untuk bekalan penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di empangan itu dengan menaiki helikopter kemudiannya diberi taklimat berhubung bekalan air oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Datuk Teo Yen Hua dan Pengarah Eksekutif Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd., Datuk Ir. Azmi Mat Nor.

Menurut Yen Hua, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu sedar tentang sumber air mentah yang kini mampu bertahan sehingga 2016.

"Ketika ini dua projek mitigasi sedang dan akan dijalankan. Menerusi projek ini, bekalan air akan dapat bertahan sehingga 2016. Selepas itu tiada lagi sumber air.

"Oleh sebab itu, projek Langat 2 penting dan harap dapat dilaksanakan segera," katanya ketika ditemui selepas taklimat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment