My Add

Monday 22 October 2012

Najib ucap tahniah kepada Zulfahmi, Chong Wei

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin atas kejayaannya menduduki tempat kedua pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam.

"Satu lagi sejarah tercatat! Tahniah Saudara Zulfahmi kerana memenangi tempat kedua di Malaysian Motorcycle Grand Prix. Podium finish kita yang pertama. Syabas!" katanya di laman twitternya malam tadi.

Zulfahmi dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo mencatat masa 40 minit 54.151 saat di belakang pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang mencatat masa terpantas 40"54.123s.

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Terbuka Denmark lewat malam tadi.

"Saya dan isteri bercakap dengan Lee Chong Wei malam tadi. Kami mengucapkan tahniah dan Selamat Hari Lahir kepadanya," kata beliau.

Kejayaan Chong Wei menewaskan pemain China Du Pengyu dengan keputusan 15-21, 21-12, 21-19 dianggap sebagai hadiah hari jadi ke-30 pemain nombor satu dunia itu, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment