My Add

Tuesday 23 October 2012

Najib ziarah jenazah ibu Timbalan Ketua Setiausaha Sulit pejabat PM

*DATUK Seri Najib Tun Razak (duduk tiga kiri) semasa menziarahi jenazah Allahyarhamah Datin Safiah Ahmad, 76, ibu kepada Timbalan Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Iskandar Mohd Kaus (dua kanan) di Bukit Damansara di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi jenazah ibu Timbalan Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Iskandar Mohd Kaus, di Bukit Damansara, di sini.

Datin Safiah Ahmad, 76, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini jam 6.30 petang semalam.

Sejurus tiba pada 8.30 pagi, Najib menyampaikan ucapan takziah kepada suami Allahyarham, Datuk Mohd Kaus Salleh yang juga bekas Ketua Pengarah Penerangan.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira 11.30 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment