My Add

Tuesday 16 October 2012

NGO Kelantan pertikai integriti SPRM

KOTA BHARU, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana lebih cepat bertindak ke atas maklumat atau laporan yang membabitkan kerajaan berbanding pembangkang.

Tindakan tersebut disifatkan mereka telah menimbulkan persepsi negatif terhadap parti yang memerintah sedangkan pada masa sama wujud laporan rasuah dan penyelewangan terhadap pemimpin parti pembangkang.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, sebagai contoh, kes rasuah menunaikan haji yang membabitkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, SPRM lambat bertindak dan akhirnya menutup kes tersebut dengan memberikan tiga alasan.

"Alasan pertama, beliau (Nik Abdul Aziz) tidak meminta; kedua, wang tersebut dihantar balik dan ketiga, dia tidak pergi ke Mekah, soalan saya, adakah kes ini boleh dijadikan rujukan pada masa depan dan apakah pemberi 'wang ini' juga tidak bersalah?' tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment