My Add

Monday 8 October 2012

Nilai pemimpin berasaskan rekod

*NAJIB Tun Razak (duduk, tiga dari kiri) bersama perwakilan Gabungan
Persatuan-Persatuan Cina Pahang pada majlis makan malam gabunganitu di
Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang, malam tadi.  UTUSAN/RUSHDI SALLEH
Oleh Herman Hamid
KUANTAN, AHAD, 07 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak masyarakat Cinamenilai seseorang pemimpin itu berasaskan rekod yang telah dilakukannya sewaktu berada di tampuk kuasa.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Perdana Menteri berkata, dengan cara itu gambaran sebenar akan diperoleh tentang sikap sebenar seseorang pemimpin kerana untuk menunaikan janji bukanlah sesuatu yang mudah.

"Apabila dia tidak ada kuasa, kita tidak boleh menilai kerana dia boleh janji apa sahaja tetapi apa dia buat sewaktu dia berkuasa. Ini patut kita tanya kepada diri kita. Jangan dibuai kata-kata manis sewaktu orang tidak ada kuasa," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gabungan Persatuan-Persatuan Cina (GPPC) negeri di Bukit Gambang Resort di sini malam ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Presiden GPPC negeri, Tan Sri Pheng Yin Huah yang juga Presiden Hua Zhong dan kira-kira 3,000 ahli persatuan di bawah gabungan itu.

Sementara itu, jelas Perdana Menteri, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melakukan yang terbaik dan secara adil untuk semua kaum.

"Semangat 1Malaysia merupakan panduan kita. Nama saya Ah Jib Gor dan saya akan buat yang terbaik untuk semua kaum.

"Bagi peluang kepada kita. Mahu janji mudah, tetapi mahu buat bukan mudah. Tetapi kita BN, terbukti janji ditepati," ujarnya.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan membawa Malaysia sebagai negara maju berdasarkan cara Malaysia iaitu menerusi permuafakatan semua kaum.

Katanya, kaedah itu telah terbukti berjaya membawa negara mengharungi segala cabaran dari menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada keluar daripada krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Pendek kata The Malaysia Way yang berasas pemuafakatan antara kaum merupakan formula yang membawa kita pada hari ini dan saya percaya formula ini juga akan membawa kita menjadi negara maju pada 2020," jelasnya.- UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment