My Add

Thursday 25 October 2012

Noh tuntut penjelasan Khalid

Oleh SYUKRI SHAARI
 KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar tampil memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, lima aset itu ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Pusat Konvensyen Shah Alam (RM97 juta); Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta); Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

"Saya tidak mahu tuduh, sebab itu saya mahu Menteri Besar tampil memberikan penjelasan, esok atau lusa. Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan terlebih dahulu kepada Menteri Besar bahawa saya mempunyai bukti terhadap dakwaan tersebut, sebab itu saya berani membangkitkan perkara ini," katanya - UTUSAN

No comments:

Post a Comment