My Add

Tuesday 23 October 2012

OKU dikecualikan yuran pendaftaran perniagaan

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Khabar gembira buat golongan orang kurang upaya (OKU) apabila kerajaan mengumumkan yuran pendaftaran dan pembaharuan sijil perniagaan secara percuma untuk mereka bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan tersebut diberikan secara percuma bagi menggalakkan usahawan OKU mendaftarkan syarikat sendiri.

“Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membuat keputusan untuk membantu golongan OKU menjadi usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan setanding dengan masyarakat normal lain.

“Pendaftaran syarikat itu akan memudahkan golongan tersebut memulakan perniagaan atau memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) selain membolehkan mereka memohon pinjaman dengan institusi kewangan," katanya selepas merasmikan Program Jalinan Kasih: Kesedaran Keusahawanan Bersama OKU anjuran SSM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment