My Add

Friday 26 October 2012

Papan iklan dipertikai

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAHALOR SETAR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Kerajaan Pas Kedah didakwa cuba berbohong kepada rakyat negeri ini apabila menaikkan papan iklan memaparkan kejayaannya memperoleh bayaran royalti sebanyak RM10 juta setahun hasil perlombongan kira-kira 26,000 hektar kawasan bijih besi.

Ketua Pasukan Khas Pemuda MCA Kedah, Tan Chee Hiong mendakwa, sebaliknya kegiatan perlombongan itu sehingga kini belum memberi sebarang pendapatan kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tertera di papan iklan itu.

Malahan katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini turut menyatakan bayaran royalti itu hanya angka anggaran.

"Setahu kami kegiatan perlombongan ini sampai sekarang belum ada lagi hasil. Apa yang tertera di papan iklan itu sebagai satu penerangan yang tipu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment