My Add

Thursday 25 October 2012

Pelarian Syria kehilangan anak akibat perang

Oleh Muhammad Zulkifli Sainuddin
AMMAN, RABU, 24 Oktober, 2012: Seorang wanita pelarian Syria bukan sahaja terpaksa menumpang di rumah saudaranya di sini, malah, telah kehilangan seorang anak lelaki akibat perang saudara yang tercetus di negara itu sejak tahun lalu.

Randah al-Dembi, 43, yang berasal dari bandar Homs, Syria, kematian anak lelakinya yang berusia 21 tahun akibat bedilan tentera kerajaan pimpinan Bashar al-Assad pada 11 Ramadan tahun lalu.

Katanya, kejadian berlaku ketika anaknya bersama lapan lagi rakyat Syria lain keluar untuk mencari nafkah, tetapi malangnya kesemua mereka dilaporkan meninggal dunia akibat terkena bedilan tentera Assad.

Randah yang mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berkata, dia kini terpaksa menumpang di rumah saudaranya di Amman bersama seorang anak perempuannya, seorang menantu lelaki dan tiga orang cucu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment