My Add

Tuesday 23 October 2012

Pelatih PLKN berpeluang kongsi pengalaman dengan wira negara

*ABDUL Hadi Awang Kechil (tiga dari kanan) dan Abdul Aziz Rahman (tiga dari kiri) bersama ahli Mubarak dan pelatih PLKN melaungkan 1Malaysia sambil memegang buku 100 Wira Negara pada majlis penyerahan buku itu di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor, semalam.
SEPANG, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi kemasukan Kumpulan 1 Siri 10/2013 berpeluang berkongsi pengalaman dengan wira-wira negara mengenai sumbangan golongan itu kepada tanah air.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, slot khas itu merupakan sesi ceramah oleh penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) yang terdiri daripada anggota dan bekas tentera.

Katanya, JLKN telah melakukan beberapa penambahbaikan termasuk memperkenalkan program patriotisme Jejak Pahlawan di bawah Modul Kenegaraan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment