My Add

Wednesday 24 October 2012

Pemandu teksi diarah bela diri pertuduhan rompak kerani

PETALING JAYA, RABU, 24 Oktober, 2012:: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang pemandu teksi membela diri atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang kerani sekolah memandu, enam bulan lalu.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap R Rajahsegaran di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan dua hari perbicaraan bela diri mulai 28 November.

R Rajahsegaran, 29, didakwa melakukan kesalahan bersama dua orang lagi yang masih bebas, merompak kereta Toyota Avanza yang juga harta dalam kawalan mangsa yang bernilai RM40,000 milik Norazihan Abdul Rani, 40, dengan bersenjatakan sebatang kayu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta, Blok A, Pangsapuri Aman, Puchong Prima, Puchong, pada jam 7.20 pagi, 18 April lalu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Seramai enam saksi pendakwaan dipangggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment