My Add

Wednesday 24 October 2012

Pembangkang khianati negara

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
SEMPORNA, SELASA, 23 Oktober, 2012: Parti pembangkang dibidas kerana sanggup menjadi petualang dan pengkhianat kepada negara sendiri dengan bertindak sebagai alat kepada pihak tertentu untuk menghancurkan negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan mereka untuk membawa masuk dua peguam Perancis yang ditugaskan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene adalah bukti jelas niat jahat mereka.

Tegas beliau, tindakan itu bukannya perkara yang boleh dipandang ringan kerana membabitkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.

"Kita adalah negara berdaulat yang mempunyai peraturan dan lunas undang-undang yang perlu dipatuhi. Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk mencemarkan nama baik negara ini, ini semua berpunca kepada kepentingan agenda politik mereka semata-mata. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment