My Add

Monday 22 October 2012

Pemilik tanah terbiar dipelawa sertai program JOM

JASIN, AHAD, 21 Oktober, 2012: Orang ramai yang mempunyai tanah terbiar dipelawa menceburi program penanaman Jagung 1Malaysia (JOM) menggunakan teknologi N28 kerana ia mampu memberi pulangan pendapatan RM2,500 sebulan bagi 0.4 hektar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, program JOM tidak melibatkan modal yang besar kerana dari segi teknologi, benih, teknik penanaman, pengairan dan baja, ia akan disediakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) CSR1Malaysia.

''Pemilik tanah tidak perlu risau kerana ia tidak merugikan apa-apa. Tidak ada perjanjian pengambilan tanah perlu dibuat sebaliknya tuan tanah hanya perlu memberi persetujuan secara lisan untuk projek tanaman JOM.

''Jika tuan rumah mahu balik tanah yang ditanam JOM, mereka boleh mendapatkan semula tanpa sebarang bayaran dan ini sebenar cukup mudah dan tidak membebankan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment