My Add

Monday 8 October 2012

Pemimpin politik ditahan bantu siasatan kes culik

ALOR SETAR, AHAD, 07 Oktober, 2012: Seorang ahli perniagaan yang juga pemimpin sebuah parti politik di Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun, dua minggu lalu.

Lelaki yang juga kontraktor berusia 52 tahun itu ditahan selepas menghadiri satu mesyuarat parti di sebuah restoran di Jalan Sekerat, Sungai Petani kira-kira pukul 6 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, penahanan tersebut bagi membantu siasatan kes setelah pihaknya berjaya menangkap lima suspek sebelum ini.

"Lelaki itu adalah suspek keenam ditangkap berkaitan dengan kes ini. Dia ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAAN

No comments:

Post a Comment