My Add

Thursday 25 October 2012

Penembakan misil Seawolf, bukti siap siaga tinggi TLDM

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Okt.ober, 2012:Tahap siap siaga di tahap tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbukti sekali lagi dengan kejayaan penembakan peluru berpandu atau misil dari permukaan ke sasaran di Perairan Selat Melaka semalam.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan TLDM, kejayaan tersebut membuktikan keupayaan aset dan sistem persenjataan TLDM berada ditahap yang amat meyakinkan.

“Kejayaan penembakan kontraktual misil jenis Vertical Launch Seawolf (VLSW) dari KD Lekiu sekali lagi telah melakarkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM khasnya sebagai pasukan angkatan tentera yang wajar digeruni di rantau ini.

“Sekali gus menzahirkan kepada dunia bahawa keupayaan perang TLDM dan kompetensi perancang latihan, pengendali, pengurusan, penyelenggaraan dan pengoperasian aset Armada TLDM, berada ditahap kesiagaan yang tinggi dan terlatih," kata kenyataan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment