My Add

Monday 15 October 2012

Peniaga ditahan bantu siasatan kematian isteri

SHAH ALAM, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Seorang peniaga yang membuat laporan isterinya meninggal dunia akibat terjatuh di bilik mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman Bukit Subang di sini Sabtu lalu, ditahan polis selepas pihak hospital menemukan kesan lebam di leher mayat wanita itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang mempunyai tiga orang anak berusia 10 bulan, enam dan tujuh tahun itu ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pukul 4 petang semalam.

Difahamkan, kecederaan di leher isteri suspek berasal dari Pasir Puteh, Ipoh, Perak dan bekerja sebagai eksekutif di bahagian teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta, dikesan semasa pihak hospital melakukan bedah siasat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment