My Add

Monday 22 October 2012

Peniaga mengaku tidak bersalah ugut bunuh isteri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Seorang peniaga hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya, minggu lalu.

Muhammad Al'Shawal Abdul Rahim, 38, didakwa mengugut Azizah Wahid, 37, yang juga berniaga, dengan mengatakan "aku nak bunuh kau, kau malu aku" di rumah mereka di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini pada 12 tengah hari 18 Oktober lalu. 

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nor Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 November untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment