My Add

Thursday 25 October 2012

Penyayang anjur Larian Batik 2012 pada 18 November ini

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012: Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) sekali lagi menganjurkan Batik Fun Walk 2012 pada 18 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Leela Mohd. Ali berkata, acara tahun tersebut bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit dan keluarga pesakit kanser melalui Tabung Penyayang Pesakit Kanser.

"Jumlah kutipan daripada larian amal itu akan disalurkan kepada tabung tersebut yang berfungsi sebagai kumpulan sokongan di Hospital Putrajaya," katanya dalam sidang akhbar Batik Fun Walk, di sini hari ini.

Jelasnya, selain menggayakan batik mengikut cita rasa masing-masing semasa larian, pelbagai hadiah menarik turut menanti peserta bertuah.

Kategori dipertandingkan ialah peserta termuda, peserta tertua, kumpulan terbesar, individu paling kreatif berpakaian batik, keluarga paling kreatif berpakaian batik dan cabutan bertuah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment