My Add

Monday 22 October 2012

Perjuangan untuk Islam bukan retorik - Najib

PEKAN, AHAD, 21 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan UMNO dalam mempertahan serta memartabatkan syiar Islam bukan berdasarkan retorik dan slogan.

Menurut Perdana Menteri, setiap tindakan dan amalan yang diambil adalah bersandarkan kepada tuntutan sebenar Islam biarpun tidak menggunakan perkataan 'Islam' pada parti.

Katanya, usaha itu turut boleh dilihat menerusi tindakan Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina yang berjaya menyelamatkan penduduk Bangsamoro.

"Untuk menyelamatkan kumpulan etnik Bangsamoro dan agama mereka sudah tentu memberi tanda cukup besar bahawa kita tidak berjuang atas retorik dan slogan tetapi tindakan dan amalan kita cukup berlandaskan kepada Islam," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pekan, Pelancaran Program Pemeriksaan Mata 1Malaysia dan Penyampaian Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 364 ekor lembu disumbangkan pelbagai pihak termasuk sumbangan peribadi Najib sebanyak lapan ekor untuk program korban bagi Parlimen Pekan.

Sebanyak 57 buah masjid, 154 surau dan 37 pejabat kerajaan serta swasta menerima sumbangan korban tersebut.

Dalam masa sama, Najib turut merakamkan penghargaan kepada program yang dilaksanakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana membolehkan kira-kira 1,200 penduduk di Parlimen Pekan menjalani pemeriksaan mata.

Katanya, daripada jumlah itu, 400 orang telah diberikan cermin mata berdasarkan preskripsi percuma oleh Fakulti Sains Kesihatan UiTM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment