My Add

Tuesday 16 October 2012

Perkasa desak SPRM siasat Kor Ming


*IRWAN Fahmi Idris (tengah) menyerahkan memorandum kepada Lina Harlina Mohd. Halim mengenai kes Nga Kor Ming di Ipoh, Perak, semalam.

IPOH, ISNIN, 15 OktOBER, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ketua Wira Perkasa Perak, Irwan Fahmi Idris berkata, sehingga kini tiada langsung perkembangan mengenai siasatan membabitkan bekas Exco kerajaan negeri itu sejak skandal tersebut didedahkan sebuah blog pada 16 Disember tahun lalu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan rakyat membuat andaian ada pemimpin politik yang boleh mengatasi undang-undang.

"Kes ini telah berlarutan begitu lama sejak didedahkan oleh sebuah blog, bahkan penulis blog itu sendiri telah menghadapi tindakan saman daripada Kor Ming," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment