My Add

Monday, 22 October 2012

Pertahan kerajaan sedia ada

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Oktober, 2012: Orang Melayu diingatkan supaya mempertahankan Kerajaan Persekutuan sedia ada bagi memastikan agenda Melayu dan Islam terus terpelihara.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Zubir Harun berkata, perkara itu perlu diambil serius kerana kedudukan institusi Melayu dan Islam kini semakin berani dicabar pihak tertentu.

Malah tegasnya, orang Melayu perlu sedar bahawa cabaran serta hinaan pihak berkenaan terhadap institusi itu mula berleluasa sejak berakhirnya pilihan raya umum lalu.

''Inilah kerajaan Melayu (Kerajaan Persekutuan sedia ada) yang terakhir. Kenapa terakhir? Sebab jumlah kerusi yang kita menang pun bukannya banyak sangat. Kalau sokongan orang Melayu lemah, tumbanglah kerajaan itu. Bila sudah tumbang, fikirkanlah kesannya nanti," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment