My Add

Monday 8 October 2012

Pertimbang kemampuan dalam skim rebat telefon

KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Mekanisme yang akan diperkenal oleh kerajaan mengenai rebat telefon pintar untuk belia perlu juga mengambil kira kemampuan dan kepentingan golongan berkenaan, kata Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit).

Presidennya, Mohd. Ali Ibrahim berkata, ini bagi mengelak belia daripada terpedaya dengan penjual telefon yang tidak bertanggungjawab selain terlebih berbelanja untuk telefon mereka.

Katanya, selain akan menggalakkan lebih ramai belia beralih menggunakan telefon pintar, beliau turut menyamakan inisiatif berkenaan sebagai 'terjun ke laut tanpa mengetahui kedalamannya'.

"Persoalannya sama ada akhirnya mereka mampu membayar bil setiap bulan. Kita berharap masalah yang timbul dari permohonan kad kredit satu masa dulu, bila institusi kewangan menawar kad kredit kepada pengguna dan menyebabkan sesetengah mereka yang tidak berupaya mengawal perbelanjaan mereka menjadi bankrap, tidak akan berlaku dalam kes rebat (inisiatif) ini.

"Kita tidak mahu melihat bil telefon menjadi sebahagian besar gaji dan perbelanjaan belia-belia ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment