My Add

Friday 26 October 2012

Polis tahan tujuh individu

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Polis menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kes 1,407 unit telefon pintar bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal yang dilaporkan hilang dari sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, tujuh yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan.

"Setakat ini, polis sudah memberkas tujuh individu termasuk dua kakitangan syarikat pengangkutan kargo bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kehilangan 1,407 unit telefon pintar keluaran terbaharu sebuah syarikat telefon antarabangsa yang disimpan di sebuah gudang di KLIA pada minggu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment