My Add

Tuesday 9 October 2012

Polis tumpas Geng Botak, aktif pecah rumah

SHAH ALAM, SELASA, 09 Oktober, 2012: Polis Selangor memberkas tujuh lelaki termasuk seorang pemandu teksi yang dipercayai anggota "Geng Botak" dan terbabit dalam 27 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek berusia antara 28 dan 54 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Shah Alam dan Petaling Jaya dari 29 September sehingga Khamis lalu, susulan risikan selama tiga bulan.

"Siasatan polis mendapati suspek yang aktif sejak 2009 turut memecah masuk rumah di luar kawasan Shah Alam seperti Kajang, Petaling Jaya dan Kuala Selangor," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai melakukkan perbuatan mereka ketika waktu Maghrib atau ketika mangsa keluar makan malam.

Pemandu teksi berusia 54 tahun yang menetap di Seksyen 18 di sini, dipercayai berperanan menghantar dan mengambil rakan jenayahnya setelah selesai melakukan pecah rumah, katanya.

Tun Hisan berkata lelaki berkenaan juga mempunyai 10 rekod kesalahan lampau termasuk kes dadah, manakala yang lain pula pernah terbabit kes pecah rumah, samun dan dadah.

Hasil penangkapan suspek itu, polis menemui sebahagian barangan yang dicuri termasuk 31 komputer riba, beberapa unit televisyen LCD 32 inci, telefon bimbit dan kamera, katanya 

Polis juga menemui beberapa peralatan yang dipercayai diguna kumpulan berkenaan untuk kegiatan jenayah mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment