My Add

Tuesday 16 October 2012

Program Ladang Rakyat Negeri Kelantan gagal kurang kadar kemiskinan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Penyalahgunaan Akaun Amanah Peserta bagi projek Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dikenal pasti antara punca kerajaan negeri itu gagal mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan pesertanya.

Perkara itu disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011 melalui penilaian ke atas Program Ladang Rakyat untuk melihat sama ada program tersebut dapat mencapai objektif penubuhannya iaitu mengurangkan kadar kemiskinan rakyat negeri berkenaan.

Semakan audit mendapati, pada 2008 sejumlah RM1 juta telah dikeluarkan daripada akaun untuk dilaburkan dalam Rakyat BTR Capital Partners Berhad (RBTR) selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perbadanan.

"Agihan pelaburan adalah RM500,000 dalam Real Estate Development Investment (REDI) manakala RM500,000 dalam Euro Deposit Investment (EDI). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment