My Add

Friday 26 October 2012

Pusat Teknologi Auto Prima tawar skim kemahiran untuk lepasan SPM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Pusat Teknologi Auto Prima mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan sederhana untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di pusat latihan kemahiran itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, lepasan SPM yang belum mendapat tempat untuk menyambung pengajian tidak seharusnya kecewa kerana pihaknya sedia menawarkan program pengajian teknikal kepada mereka.

Beliau juga memberitahu, Pusat Teknologi Auto Prima yang beroperasi di Kemuning Utama, Seksyen 33, Shah Alam menawarkan skim kemahiran yang ditaja sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

''Peluang mereka masih terbuka untuk mencuba nasib dengan mengikuti kursus teknikal yang memberikan jaminan kerja sebaik sahaja tamat pengajian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment