My Add

Wednesday 24 October 2012

RISDA lancar Pelan Induk Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Oktober, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini melancarkan Pelan Induk Perkhidmatan RISDA iaitu strategi bagi menjadikan agensi itu mampu memberi perkhidmatan bertaraf dunia kepada pekebun kecil.

Pelan tersebut dilancarkan sempena Hari Inovasi dan Anugerah Kualiti RISDA 2012 yang disambut di sini.

Bertemakan 'Inovasi Dibudaya, Transformasi Berjaya', pelan itu bertepatan dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 iaitu membudayakan inovasi dan meningkatkan produktiviti di kalangan warga RISDA.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment