My Add

Tuesday 23 October 2012

RISDA sasar 100,000 benih klon sawit

 KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan pengeluaran sebanyak 100,000 benih klon sawit menjelang awal tahun depan selepas program mengeluarkan benih melalui kaedah kultur tisu mencapai tahap memberangsangkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, benih-benih tersebut pada peringkat permulaan akan dibekalkan ke ladang-ladang RISDA iaitu RISDA Semaian Sdn. Bhd. (RSSB) dan Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd. (ESPEK) sebelum diagihkan kepada pekebun-pekebun kecil dalam masa terdekat.

Beliau percaya ini menjadi titik-tolak kepada RISDA untuk membekalkan benih-benih yang bermutu tinggi dalam membantu meningkatkan produktiviti pekebun kecil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment