My Add

Tuesday 9 October 2012

RM45j bina 30 KR1M di seluruh Sarawak

*ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) berbincang sesuatu bersama Rohani Karim dan Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman (kiri) selepas menghadiri majlis perundingan tahunan KPDNKK dengan pihak industri Sarawak di Kuching, semalam.

KUCHING, ISNI, 08 OktOBER, 2012: Kerajaan akan membuka 30 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di setiap kawasan Parlimen di negeri ini selewat-lewatnya hujung tahun depan dengan anggaran kos sebanyak RM45juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kos itu merupakan sebahagian daripada RM87 juta yang diperuntukkan untuk membina 57 KR1M di negeri ini, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, buat masa ini hanya terdapat dua KR1M di negeri ini iaitu di kawasan Kota Padawan dan Demak.

"Sebanyak tiga model akan digunakan bagi pembinaan KR1M di negeri ini iaitu kerajaan membina dan diuruskan oleh sebuah syarikat manakala model kedua ialah pengusaha kedai runcit membeli barangan di KR1M dan menjual di kedai mereka, "  katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment