My Add

Monday 8 October 2012

Rosmah kunjung hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar

 DOHA, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi perdana menteri Qatar di sini hari ini.

Pertemuan mesra Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar Puan Sabariah Jazri. 

Rosmah tiba di sini petang semalam bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF)).

Beliau dijadual menyampaikan ucaptama bertajuk 'Peranan Wanita Ke Arah Memperkukuh Etika Perniagaan' pada program Persatuan Usahawan Wanita Qatar Selasa iaitu hari kedua IIF belangsung.

Forum Pelabur Asia 2012 selama dua hari yang bermula Isnin dihadiri beberapa ketua negara, pelabur dan eksekutif kanan syarikat dari negara Asean dan negara Teluk bagi mengenal pasti peluang pelaburan di kedua-dua rantau itu.

Malam ini, Rosmah dijadual menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Qatar.

Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment