My Add

Wednesday 24 October 2012

Saingan GLC dengan syarikat kerdil Melayu punca Melayu kian lemah 

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012: Persaingan antara Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat kerdil Melayu antara punca bangsa Melayu semakin lemah, khususnya dalam sektor ekonomi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Khazanah Nasional Bhd tidak lagi memainkan peranan sebagai pemegang amanah bagi bangsa Melayu apabila bersaing dengan syarikat kerdil Melayu.

"Kita tubuhkan Khazanah ketika itu kerana Melayu masih lemah dan mereka diberikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah kita.

"Lihatlah sekliling kita. Kita tuntut 30 peratus tapi tak dapat pun. GLC dapat, tapi siapa dia GLC ini?

"Mereka dah terpisah daripada orang Melayu sekarang," katanya ketika berucap sebelum merasmikan majlis penutup Kongres Ekonomi Melayu 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment