My Add

Monday 22 October 2012

Serangan bukan rancangan untuk membunuh - Norizan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Setelah hampir sebulan menjalani rawatan, Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali hari ini berkata beliau percaya serangan ke atasnya, yang nyaris meragut nyawa bukan satu rancangan untuk membunuhnya.

Malah beliau yang kini sudah hampir pulih dari kecederaan ditetak dengan pedang pada bahagian perut dan tangan kiri, menafikan serangan itu bermotifkan politik mahupun perjuangannya membantah masalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Ia hanya satu cubaan samun ke atas saya. Tiada unsur dendam seteru politik mahupun berkaitan dengan perjuangan saya seperti dispekulasikan oleh majalah hiburan dan blogger," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini setelah beliau hampir sembuh menjalani rawatan di Ampang, di sini.

Norizan, 41, diserang oleh dua lelaki bersenjata pada 24 Sept selepas pulang ke rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini pada 3.30 pagi dan menjalani rawatan di Hospital Ampang.

Norizan yakin serangan itu berniat menyamunnya kerana dua penjenayah yang menyerangnya dengan kayu dan pedang melarikan diri setelah mengambil getah gelang dari tangan kanannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment