My Add

Tuesday 23 October 2012

Sikap membisu kerajaan Pas Kedah dibidas

 ALOR SETAR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Kerajaan Pas Kedah dibidas kerana terus membisu dalam isu projek pembalakan dan peladangan bernilai RM31.21 juta oleh Kedah Corporation Berhad (KCB) di Papua New Guinea (PNG) yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM13.49 juta dan bayaran melobi sebanyak RM1.21 juta.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis hari ini ekoran tiada sebarang maklum balas selepas seminggu isu itu dibangkitkan pelbagai pihak berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment