My Add

Tuesday 23 October 2012

Singapura buka terminal kapal persiaran baru

SINGAPURA, SELASA 23 Oktober, 2012: Singapura membuka terminal kapal persiaran mewah yang baru dengan kemampuan membolehkan kapal mewah terbesar untuk berlabuh di negara itu.

Pembukaan terminal baru di Pusat Kapal Persiaran Teluk Marina adalah langkah strategik berdasarkan kedudukannya terletak di hab laluan serantau.
Kemudahan untuk kapal persiaran mewah itu beroperasi pada kos AS$409 juta.

Ia yang dikendalikan secara usaha sama antara Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Singapura dan syarikat Eropah, Creuers del Port de Barcelona berkemampuan untuk menampung berat kapal berlabuh sehingga 220,000 tan dengan ukuran ketinggian maksimum 360 meter.

Pegawai syarikat itu berkata, terminal berkenaan membolehkan Singapura menerokai pasaran pelayaran mewah di sekitar Asia, di mana peningkatan angka dicatat dalam industri itu membabitkan rantau ini. - AFP

No comments:

Post a Comment